CAREERS
IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TAMAN (KONTRAK)
Tarikh : 27 Februari 2025
1. MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Jawatan : Pembantu Taman (Kontrak)
- Nama Majikan : FRIM Incorporated Sdn Bhd
- Lokasi Penempatan : Warisan Hijau Trail, Universiti Teknologi PETRONAS, Persiaran UTP, 32610 Seri Iskandar, Perak.
2. SYARAT PELANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan: dan
- Memiliki SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam 5 subjek pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Calon yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 bulan.
- Calon yang dilantik dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki memenuhi segala keperluan dan kehendak yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
- Calon yang dilantik dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki mengikuti latihan dan bekerja lebih masa atau pada hujung minggu yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
- Bebas daripada sebarang rekod disiplin dan jenayah.
3. TERMA DAN SYARAT
✓ Berstatus kontrak.
✓ Gaji Permulaan : RM1,800.00 (Termasuk KWSP, Perkeso dan SIP).
4. CARA MEMOHON
Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar permohonan yang lengkap bersama Resume/Curriculam Vitea (CV) yang mempunyai:
✓ Maklumat peribadi
✓ Kelayakan akademik (sertakan bersama sijil berkaitan)
✓ Gambar ukuran passport
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 MAC 2025
Permohonan yang lengkap dengan maklumat tersebut perlu dihantar ke alamat berikut:
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
FRIM INCORPORATED SDN BHD
JKR 629, Wisma FRIM Inc
Jalan Watson, FRIM
52109 Kepong
Selangor Darul Ehsan
Emel : hr@frim-inc.com.my
CATATAN AM: Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.