CAREERS
IKLAN PELANTIKAN
FRIM Incorporated Sdn. Bhd. (FRIM Inc.) mempelawa individu yang berinisiatif, proaktif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk menyelaras pengurusan produk berasaskan penyelidikan FRIM serta pelaksanaan program latihan.
Individu yang dilantik akan bertanggungjawab menyelaras urusan pelanggan, pakar teknikal dan pasukan dalaman bagi memastikan pengurusan produk dan pelaksanaan program latihan berjalan lancar, mengikut jadual serta bajet yang diluluskan.
BUTIRAN PELANTIKAN
Jawatan
Eksekutif Pengurusan Projek
Tempat / Lokasi
FRIM Incorporated Sdn Bhd, FRIM Kepong
KELAYAKAN AKADEMIK
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Pengurusan Projek, Sains, Perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurannya 3 tahun dalam penyelarasan program latihan, pengurusan produk, pemasaran atau pengurusan projek merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, penulisan dan pengurusan pelanggan yang baik.
- Mampu bekerja secara kendiri, teratur dan mengurus pelbagai tugasan mengikut keutamaan serta bekerjasama dengan pasukan dan pakar teknikal.
STATUS PELANTIKAN
Pelantikan ini adalah berdasarkan Contract of Service bagi tempoh satu (1) tahun. Tempoh kontrak boleh dilanjutkan tertakluk kepada keperluan syarikat dan kelulusan pihak pengurusan. Terma dan syarat perkhidmatan akan ditetapkan melalui perjanjian yang berkaitan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman kerja dan kemahiran berkaitan ke alamat e-mel hr@frim-inc.com.my sebelum atau pada 15 November 2026.
E-mel: hr@frim-inc.com.my
Tarikh tutup: 15 November 2026
SKOP PERKHIDMATAN
1. Pengurusan Program Latihan
- Menyelaras keperluan pelanggan, jadual latihan serta penglibatan penceramah, penyelidik dan pakar teknikal.
- Mengurus persediaan dan pelaksanaan program, termasuk bahan latihan, kemudahan, logistik peserta, pendaftaran, kehadiran dan sijil penyertaan.
2. Penyelarasan Produk dan Pemasaran
- Menyelaras pengoperasian platform digital Herba Cartsini dan sistem HerbaXpress serta mengurus pertanyaan, sebut harga, pesanan, pembungkusan dan penghantaran produk.
- Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran syarikat serta penyediaan kandungan media sosial dan penyertaan pameran bagi meningkatkan jualan produk serta memperkenalkan perkhidmatan syarikat.
3. Hubungan Pelanggan dan Dokumentasi
- Menjadi pegawai penghubung dengan pelanggan, agensi, institusi dan rakan kerjasama serta mengurus komunikasi rasmi dan tindakan susulan berkaitan projek dan program latihan.
- Menyediakan anggaran kos dan sebut harga serta menyelaras dokumentasi, perolehan, invois, tuntutan, rekod pembayaran dan laporan mengikut prosedur syarikat.
4. Urus Setia dan Sokongan Pengurusan
- Menyelaras jadual CEO, janji temu dan mesyuarat serta menyediakan bahan pembentangan, minit atau nota perbincangan dan tindakan susulan.
- Membantu penyelarasan program khas pengurusan, urusan kerjasama termasuk Memorandum Persefahaman (MoU), serta tugasan pentadbiran berkaitan.
IKLAN PELANTIKAN
FRIM Incorporated Sdn. Bhd. (FRIM Inc) mempelawa individu yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memberikan perkhidmatan profesional dalam bidang seni bina bagi tempoh enam (6) bulan.
BUTIRAN PELANTIKAN
| Perkhidmatan | : | Junior Arkitek |
| Jenis Pelantikan | : | Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service) |
| Tempoh | : | 6 bulan |
| Kaedah Bayaran | : | Fi profesional berdasarkan skop dan perkhidmatan yang dipersetujui |
| Tempat / Lokasi | : | Mengikut keperluan projek |
SKOP PERKHIDMATAN
- Memberikan khidmat nasihat dan input profesional berkaitan seni bina di bawah projek perundingan FRIM Inc.
- Menyediakan atau menyemak lukisan seni bina, pelan, susun atur dan dokumentasi teknikal.
- Memberikan input berkaitan reka bentuk dan penyelesaian teknikal.
- Membantu penyelarasan teknikal dengan perunding, kontraktor dan pihak berkaitan bagi skop yang dipersetujui.
- Menjalankan lawatan atau pemeriksaan tapak apabila diperlukan bagi skop perkhidmatan.
- Menyediakan laporan, dokumentasi dan hasil kerja yang dipersetujui.
- Menghadiri mesyuarat teknikal atau penyelarasan projek apabila diperlukan.
KELAYAKAN DAN PENGALAMAN
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina atau kelayakan profesional yang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman yang relevan dalam bidang seni bina, reka bentuk atau pengurusan projek.
- Berpengalaman dalam penyediaan lukisan teknikal dan dokumentasi projek.
- Mahir menggunakan AutoCAD, SketchUp, Revit atau perisian berkaitan merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, penyelarasan dan pengurusan projek yang baik.
- Mampu melaksanakan perkhidmatan secara profesional serta memenuhi tempoh dan hasil kerja yang dipersetujui.
FI PROFESIONAL DAN BAYARAN
Fi profesional akan ditentukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman, skop perkhidmatan, tempoh pelantikan serta hasil kerja yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Bayaran dibuat berdasarkan perkhidmatan / hasil kerja yang telah dilaksanakan dan diterima, tertakluk kepada terma perjanjian.
- Sebarang tuntutan perbelanjaan berkaitan projek hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu dan disokong dengan dokumen yang berkaitan.
TUNTUTAN PERUBATAN
Kemudahan tuntutan perubatan bagi keseluruhan tempoh enam (6) bulan, tertakluk kepada kelulusan dan terma yang ditetapkan oleh FRIM Incorporated Sdn. Bhd.
STATUS PELANTIKAN
Pelantikan ini adalah berdasarkan Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service). Skop, hasil kerja, fi, tempoh dan terma perkhidmatan akan ditetapkan melalui perjanjian berkaitan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan:
- Resume / Curriculum Vitae (CV)
- Salinan kelayakan akademik dan profesional
- Portfolio kerja, jika berkaitan
- Cadangan fi profesional
E-mel: hr@frim-inc.com.my
Tarikh tutup: 9 Oktober 2026