8 November 2018 – Bengkel “BUSINESS MODEL CANVAS” bersama FRIM Inc.
FRIM Incorporated Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel “Business Model Canvas” dan menjemput En. Azmi Said sebagai penceramah bagi bengkel ini.
Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan peserta dapat mengenal perkara asas yang penting dalam memulakan perniagaan dan pendedahan kepada model perniagaan, melaksanakan sesi ‘coaching’ yang dapat mengembangkan idea perniagaan melalui model perniagaan, mengetahui kepentingan ‘Business Model Canvas’ dan kepentingannya dan memastikan peserta mendapat gambaran yang jelas mengenai perancangan, hala tuju dan sumber pendapatan perniagaan.
Turut hadir, wakil daripada unit WHS FRIM, EAS FRIM dan ICD FRIM.