CAREERS

FRIM Incorporated Logo
IKLAN PELANTIKAN
FRIM Incorporated Sdn. Bhd. (FRIM Inc) mempelawa individu yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memberikan perkhidmatan profesional dalam bidang seni bina bagi tempoh enam (6) bulan.
BUTIRAN PELANTIKAN
Perkhidmatan : Junior Arkitek
Jenis Pelantikan : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service)
Tempoh : 6 bulan
Kaedah Bayaran : Fi profesional berdasarkan skop dan perkhidmatan yang dipersetujui
Tempat / Lokasi : Mengikut keperluan projek
SKOP PERKHIDMATAN
  • Memberikan khidmat nasihat dan input profesional berkaitan seni bina di bawah projek perundingan FRIM Inc.
  • Menyediakan atau menyemak lukisan seni bina, pelan, susun atur dan dokumentasi teknikal.
  • Memberikan input berkaitan reka bentuk dan penyelesaian teknikal.
  • Membantu penyelarasan teknikal dengan perunding, kontraktor dan pihak berkaitan bagi skop yang dipersetujui.
  • Menjalankan lawatan atau pemeriksaan tapak apabila diperlukan bagi skop perkhidmatan.
  • Menyediakan laporan, dokumentasi dan hasil kerja yang dipersetujui.
  • Menghadiri mesyuarat teknikal atau penyelarasan projek apabila diperlukan.
KELAYAKAN DAN PENGALAMAN
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina atau kelayakan profesional yang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman yang relevan dalam bidang seni bina, reka bentuk atau pengurusan projek.
  • Berpengalaman dalam penyediaan lukisan teknikal dan dokumentasi projek.
  • Mahir menggunakan AutoCAD, SketchUp, Revit atau perisian berkaitan merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, penyelarasan dan pengurusan projek yang baik.
  • Mampu melaksanakan perkhidmatan secara profesional serta memenuhi tempoh dan hasil kerja yang dipersetujui.
FI PROFESIONAL DAN BAYARAN
Fi profesional akan ditentukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman, skop perkhidmatan, tempoh pelantikan serta hasil kerja yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Bayaran dibuat berdasarkan perkhidmatan / hasil kerja yang telah dilaksanakan dan diterima, tertakluk kepada terma perjanjian.
  • Sebarang tuntutan perbelanjaan berkaitan projek hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu dan disokong dengan dokumen yang berkaitan.
TUNTUTAN PERUBATAN
Kemudahan tuntutan perubatan bagi keseluruhan tempoh enam (6) bulan, tertakluk kepada kelulusan dan terma yang ditetapkan oleh FRIM Incorporated Sdn. Bhd.
STATUS PELANTIKAN
Pelantikan ini adalah berdasarkan Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service). Skop, hasil kerja, fi, tempoh dan terma perkhidmatan akan ditetapkan melalui perjanjian berkaitan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan:
  • Resume / Curriculum Vitae (CV)
  • Salinan kelayakan akademik dan profesional
  • Portfolio kerja, jika berkaitan
  • Cadangan fi profesional
Tarikh tutup: 9 Oktober 2026